BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 9, 2010

:: azam baru ::

Align Center
assalamualaikum..
dah lama rasanya saya tak mencoret rasa dalam blog ni.. rindu rasanya.. tapi dek kekangan yang saya sendiri tak dapat nak elakkan saya akan utamakan yang wajib..

alhamdulillah.. hampir tamat tahun 2009 dengan sempurnanya.. pelbagai halangan dan rintangan yang berjaya diselesaikan dengan tunjuk ajar dari yang berpengalaman.. selama setahun ini juga, pahit jerih telah sama-sama Ahlijawatankuasa lalui bersama saya.. walaupun ada beberapa ketidaksefahaman, namun, ikatan adik-beradik yang dari awal saya tekankan akhirnya menguatkan lagi tali persaudaraan..

sebanyak 11 (sebelas) aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun berdasarkan Gaya Hidup yang telah ditentukan KBS.. berdasarkan komitmen ahli, alhamdulillah.. saya mampu berbangga dengan pembabitan ahli-ahli yang mendaftar..

pada tahun 2009 juga merupakan tahun 'kelahiran' Kelab Rakan Muda Subang dimana, kami mula dikenali apabila program yang pertama yang bertempat di Kota Damansara berjalan dengan lancar.. mula dari saat itu, KRMS lebih dikenali apabila mula terlibat menjalankan kerjasama bersama badan-badan politik dan NGO yang bertapak di Subang..

tamatnya tahun 2009, akan muncul pula tahun 2010.. agak membimbangkan pada awalnya kerana saya telah mendapat dan harus mendahulukan komitmen lain.. bimbang tiada masa lagi untuk berRakan Muda bersama ahli lain.. tetapi.. ia tidak mematahkan semangat saya.. pelbagai khabar angin yang enak dan tidak enak sampai di telinga..

menjelangnya tahun 2010 segalanya akan baru.. corak kepimpinan dan barisan pemimpin baru akan lahir disebalik nama Kelab Rakan Muda Subang.. insya`Allah.. perancangan telah saya aturkan dan berharap segalanya akan berjalan lancar seperti yang saya ingini..

saya dan ahli Kelab Rakan Muda Subang menyusun 10 (sepuluh) jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur perbuatan, kekasaran berbahasa sepanjang pembabitan kami berprogram.. semoga tamatnya tahun 2009 menghapuskan segala dendam dan bermulalah satu azam baru yang menguatkan lagi ukhwah antara ahli Kelab Rakan Muda Malaysia..

salam ikhlas..
salam Rakan Muda..
salam Satu Malaysia..

Atie Adnan
Pengerusi Kelab Rakan Muda Subang

Sunday, September 6, 2009

Saturday, August 29, 2009

KEMBARA PEWARIS MUDA @ parlimen subang




erm.. Kembara Pewaris Muda merupakan satu program di mana KRM Subang telah mengambil bahagian, berasama-sama mendekatkan lagi diri dengan golongan senior dalam aktiviti belia.. hee~ da nampakkan di mana targetnya.. hee~

dalam program kali ni, KRM Subang telah menghantar seramai 30 orang sukarelawan bermotor.. best woo nek moto reramai.. hee~ dalam masa yang sama kami telah mem'promote' Kelab Rakan Muda Subang di sekitar Parlimen Subang..

kami mula berkumpul bersama dengan team FZ150i di stesen minyak Shel Kota Damansara, bersebelahan Mc`d dan KFC.. selepas mengisi minyak penuh setiap moto (nak kena inform tu.. tajaan penuh KRM Subang) kami bergerak ke Pejabat UMNO Bahagian Subang.. hee~ time kat sini, segala proses pendaftaran setiap ahli dan motsikal yang di bawa dilakukan.. erm.. penat gak tapi best gile.. hee~

selesai je semua tu, kami yang terdiri daripada 60 biji FZ150i, 24 motosikal pelbagai KRM Subang, 10 biji pelbagai motosikal Belia 4B Subang, 10 biji MYvi, 10 biji pelbagai kereta UMNO Subang dan 6 biji kereta antik dari SMOC dilepaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Subang, YB Dato' IR Mohd Bushro bin Mat Johor tepat jam 9.00 pagi..

kami merentasi Pasar Pagi Kampung Melayu Subang Tambahan, Uptown Kota Damansara, kemudian singgah untuk sama-sama memeriahkan sukan komuniti di Kayu Ara dan meneruskan semula perjalanan merentasi tol Sg Penchala dan menuju ke Paya Jaras.. di sana ami singgah di Rumah Kasih Harmoni di mana segala santapan makan tengahari terdapat di sana.. selepas kenyang jek, macam biasa la.. ahli KRM Subang dengan sikap sukarelawan tu, kami ditugaskan mengecat tandas baru di asrama tersebut..

selesai jek program dengan adik-adik di RKH, kami meneruskan perjalanan ke Padang Awam MPSJ.. di sana kami hanya memeriahkan jek.. boleh la.. ada perlawanan antara team bola tampar TV3 dengan team Paya Jaras.. selesai jek kami bersalaman dengan YB Dato' IR Mohd Busahro bin Mat Johor, kami berangkat pulang ke destinasi masing-masing.. huu~ walaupun penat tetapi kami tak lupa mesej yang cuba ingin disampaikan oleh pihak penganjur di mana kami juga turut menekankan mengenai 1 Malaysia..

jutaan terima kasih yang tidak terhingga has buat Puteri UMNO Subang kerana menjemput kami turut sama memeriahkan Kembara Pewaris Muda 2009..

MESYUARAT EXCO

setelah sekian lama kami mengalami isu dalaman parti.. hee~ tak de la seserius ane pun.. kami bertindak untuk mengadakan Mesyuarat Tertinggi Exco Kelab Rakan Muda Subang.. mesyuarat yang telah berlansung pada 25 Julai 2009, Sabtu yang bertempat di Pusat Kegiatan Align CenterKelab Rakan Muda Subang telah melahirkan pelbagai pendapat bagi menggerakan lagi KRM Subang dengan kekuatan 102 orang ahli yang mendaftar.. hee~ ramai tuh..

sepanjang berlansungnya mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Afdhaluddin, Timbalan Pengerusi belbagai jalan penyelesaian yang telah diperolehi bagi setiap permasalahan yang selama ini menjadi pekung.. takut nak luahkan kot.. hee~ tak pe.. kami sentiasa member peluang untuk ahli ami bersuara dan memberikan pendapat..

selama 4 jam itu juga kami telah merancang beberapa program yang akan cuba dilaksanakan bermula bulan Julai 2009 – Disember 2009..

tu cari point nak ngamuk la tuh.. bukan btul minah ni..

antara wakil paya jaras yang turun awal..

setiausaha yang abru lepas kena marah..

wakil dari Gerakan Belia 4B Subang.. abg man..


sidang dewan rakyat.. hee~

Monday, August 24, 2009

salam.. atie mewakili ahli KRM Subang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan.. walaupun dah 3 ari umat islam menyambut ramadhan, rasanya masih sempat.. hee~ jom jalani amalan dengan seikhlas mungkin dan mengharapkan keampunan dari Dia..