BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 23, 2009

BENGKEL PEMANTAPAN KRM ZON TENGAH

assalamualaikum..

butiran program..
TARIKH : 19hb - 21hb Julai 2009
HARI : ahad - selasa
TEMPAT : Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands
TAJUK : Bengkel Pemantapan Kelab Rakan Muda Zon Tengah

macam-macam perangai pemimpin ni.. ada tu kita boleh ikut, ada pulak sekadar untuk dijadikan teladan.. hee~ bukan nak kutuk sesama rakan tapi itu la.. jangankan kita menyalak pada perkara yang kita tak mampu nak tegaskan.. itu la pesanan seorang teman membuatkan saya berfikir perjuangan kami bukan mainan.. erm..

saya yang mewakili KRM Subang untuk sama-sama berdiri bersama 91 orang lagi pemimpin muda yang menjadi tulang belakang Kelab Rakan Muda Zon Tengah menyuarakan, memberi dan meluahkan ketidakpuashatian, kecelaruan, kesulitan dan ketidakfahaman kemi mengenai pengurusan kelab bagi memantapkan lagi saluran kami membangunkan kelab sekaligus menepis anasir-anasir yang tidak enak mengenai perlakuan remaja kini..

bengkel ini diadakan berujuan mendekatkan lagi para pemimpin muda berkenaan dengan pengurusan kelab dan rata-rata objektif pihak pengurusan berjaya melekat diminda kami.. bukan tak reti nak menguruskan.. tapi.. bila da macam-macam info masuk da tu tak sama dengan kita punya.. pas tu ada pulak sama erti kata yang lain "macam diperbodohkan".. hee~ pelik gak orang sekarang ni.. tapi.. menjejakkan kaki di bumi Cameron Highlans tu membuatkan kami semakin berkobar-kobar untuk menyampaikan pada ahli kelab apakah tanggungjawab kami sebenarnya..

terima kasih khusus buat Kementerian Belia dan Sukan di atas pendekatan yang cuba diterapkan untuk melahirkan pemimpin yang berani bersuara dan telus.. diharap bengkel seperti ini dapat diteruskan lagi bagi memantapkan barisan pemimpin muda di masa akan datang..





0 comments: