BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 6, 2009

Saturday, August 29, 2009

KEMBARA PEWARIS MUDA @ parlimen subang




erm.. Kembara Pewaris Muda merupakan satu program di mana KRM Subang telah mengambil bahagian, berasama-sama mendekatkan lagi diri dengan golongan senior dalam aktiviti belia.. hee~ da nampakkan di mana targetnya.. hee~

dalam program kali ni, KRM Subang telah menghantar seramai 30 orang sukarelawan bermotor.. best woo nek moto reramai.. hee~ dalam masa yang sama kami telah mem'promote' Kelab Rakan Muda Subang di sekitar Parlimen Subang..

kami mula berkumpul bersama dengan team FZ150i di stesen minyak Shel Kota Damansara, bersebelahan Mc`d dan KFC.. selepas mengisi minyak penuh setiap moto (nak kena inform tu.. tajaan penuh KRM Subang) kami bergerak ke Pejabat UMNO Bahagian Subang.. hee~ time kat sini, segala proses pendaftaran setiap ahli dan motsikal yang di bawa dilakukan.. erm.. penat gak tapi best gile.. hee~

selesai je semua tu, kami yang terdiri daripada 60 biji FZ150i, 24 motosikal pelbagai KRM Subang, 10 biji pelbagai motosikal Belia 4B Subang, 10 biji MYvi, 10 biji pelbagai kereta UMNO Subang dan 6 biji kereta antik dari SMOC dilepaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Subang, YB Dato' IR Mohd Bushro bin Mat Johor tepat jam 9.00 pagi..

kami merentasi Pasar Pagi Kampung Melayu Subang Tambahan, Uptown Kota Damansara, kemudian singgah untuk sama-sama memeriahkan sukan komuniti di Kayu Ara dan meneruskan semula perjalanan merentasi tol Sg Penchala dan menuju ke Paya Jaras.. di sana ami singgah di Rumah Kasih Harmoni di mana segala santapan makan tengahari terdapat di sana.. selepas kenyang jek, macam biasa la.. ahli KRM Subang dengan sikap sukarelawan tu, kami ditugaskan mengecat tandas baru di asrama tersebut..

selesai jek program dengan adik-adik di RKH, kami meneruskan perjalanan ke Padang Awam MPSJ.. di sana kami hanya memeriahkan jek.. boleh la.. ada perlawanan antara team bola tampar TV3 dengan team Paya Jaras.. selesai jek kami bersalaman dengan YB Dato' IR Mohd Busahro bin Mat Johor, kami berangkat pulang ke destinasi masing-masing.. huu~ walaupun penat tetapi kami tak lupa mesej yang cuba ingin disampaikan oleh pihak penganjur di mana kami juga turut menekankan mengenai 1 Malaysia..

jutaan terima kasih yang tidak terhingga has buat Puteri UMNO Subang kerana menjemput kami turut sama memeriahkan Kembara Pewaris Muda 2009..

MESYUARAT EXCO

setelah sekian lama kami mengalami isu dalaman parti.. hee~ tak de la seserius ane pun.. kami bertindak untuk mengadakan Mesyuarat Tertinggi Exco Kelab Rakan Muda Subang.. mesyuarat yang telah berlansung pada 25 Julai 2009, Sabtu yang bertempat di Pusat Kegiatan Align CenterKelab Rakan Muda Subang telah melahirkan pelbagai pendapat bagi menggerakan lagi KRM Subang dengan kekuatan 102 orang ahli yang mendaftar.. hee~ ramai tuh..

sepanjang berlansungnya mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Afdhaluddin, Timbalan Pengerusi belbagai jalan penyelesaian yang telah diperolehi bagi setiap permasalahan yang selama ini menjadi pekung.. takut nak luahkan kot.. hee~ tak pe.. kami sentiasa member peluang untuk ahli ami bersuara dan memberikan pendapat..

selama 4 jam itu juga kami telah merancang beberapa program yang akan cuba dilaksanakan bermula bulan Julai 2009 – Disember 2009..

tu cari point nak ngamuk la tuh.. bukan btul minah ni..

antara wakil paya jaras yang turun awal..

setiausaha yang abru lepas kena marah..

wakil dari Gerakan Belia 4B Subang.. abg man..


sidang dewan rakyat.. hee~

Monday, August 24, 2009

salam.. atie mewakili ahli KRM Subang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan.. walaupun dah 3 ari umat islam menyambut ramadhan, rasanya masih sempat.. hee~ jom jalani amalan dengan seikhlas mungkin dan mengharapkan keampunan dari Dia..


Thursday, July 23, 2009

BENGKEL PEMANTAPAN KRM ZON TENGAH

assalamualaikum..

butiran program..
TARIKH : 19hb - 21hb Julai 2009
HARI : ahad - selasa
TEMPAT : Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands
TAJUK : Bengkel Pemantapan Kelab Rakan Muda Zon Tengah

macam-macam perangai pemimpin ni.. ada tu kita boleh ikut, ada pulak sekadar untuk dijadikan teladan.. hee~ bukan nak kutuk sesama rakan tapi itu la.. jangankan kita menyalak pada perkara yang kita tak mampu nak tegaskan.. itu la pesanan seorang teman membuatkan saya berfikir perjuangan kami bukan mainan.. erm..

saya yang mewakili KRM Subang untuk sama-sama berdiri bersama 91 orang lagi pemimpin muda yang menjadi tulang belakang Kelab Rakan Muda Zon Tengah menyuarakan, memberi dan meluahkan ketidakpuashatian, kecelaruan, kesulitan dan ketidakfahaman kemi mengenai pengurusan kelab bagi memantapkan lagi saluran kami membangunkan kelab sekaligus menepis anasir-anasir yang tidak enak mengenai perlakuan remaja kini..

bengkel ini diadakan berujuan mendekatkan lagi para pemimpin muda berkenaan dengan pengurusan kelab dan rata-rata objektif pihak pengurusan berjaya melekat diminda kami.. bukan tak reti nak menguruskan.. tapi.. bila da macam-macam info masuk da tu tak sama dengan kita punya.. pas tu ada pulak sama erti kata yang lain "macam diperbodohkan".. hee~ pelik gak orang sekarang ni.. tapi.. menjejakkan kaki di bumi Cameron Highlans tu membuatkan kami semakin berkobar-kobar untuk menyampaikan pada ahli kelab apakah tanggungjawab kami sebenarnya..

terima kasih khusus buat Kementerian Belia dan Sukan di atas pendekatan yang cuba diterapkan untuk melahirkan pemimpin yang berani bersuara dan telus.. diharap bengkel seperti ini dapat diteruskan lagi bagi memantapkan barisan pemimpin muda di masa akan datang..





Saturday, July 18, 2009

25hb JULAI 2009

salam.. bertempat di Pusat Kegiatan Kelab Rakan Muda Subang, satu Mesyuarat Pembubaran dan Perancangan Sesi 2009 / 2010 pada jam 3 petang.

mesyuarat ini bertujuan bagi menggerakkan dan merancang aktiviti baru untuk mengisi bulan Ramadhan yang akan menjelang.

Monday, June 29, 2009

KRM & aktiviti belia..











alhamdulillah.. sumenya berjalan lancar.. sekali lagi Kelab Rakan Muda Subang menyumbangkan tenaga dan peserta secara lansung untuk menjayakan Program Komuniti Belia Y2Y Daerah Petaling.. bertempat di P2, Hutan Simpan Negeri.. bertarikh 26hb - 28hb Jun 2009.. erm.. segalanya sempurna.. seramai 30 orang ahli KRM Subang terpilih mewakili KRM Subang sebagai peserta diiringi 3 orang AJK tertingi sebagai fasi.. diharap program sebegini dapat menyatupadukan lagi belia di Parlimen Subang sekaligus memotivasikan diri para peserta.. jutaan terim kasih yang tidak terhingga buat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling, team Triple X dan semua yang telah menjayakan program..


Sunday, June 7, 2009

rakan muda wawasan desa @ SG APONG, SABAK BERNAM






sekali lagi Kelab Rakan Muda menempah langkah untuk menghantar peserta menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling di mana kali ini seramai 5 orang ahli Kelab Rakan Muda Subang telah terpilih untuk menyertai program Rakan Muda Wawasan Desa yang bertempat di Kampung Sungai Apong, Sabak Bernam.. seramai 40 orang peserta yang berumur 15 - 25 tahun diiringi pelbagai kerenah.. hahaha~ penat..

erm.. ada tu pada mulanya tak nak pegi tapi bila dah dok sesama ngan family angkat masing-masing mengangis pulak tak nak balik.. macam-macam gelagat.. hee~ RMWD kali ni di bawah kerjasama Kelab Rakan Muda Subang, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling, Universiti Pertanian Malaysia dan Gerakan Belia 4B Kampung Sungai Apong.. bermacam pengalaman dan kenangan indah telah peserta dan urusetia kunci rapi di dalam hati supaya tidak tercicir.. hee~







EKSPO AMAN PALESTIN

sebagai permulaan, program pertama yang diusulkan oleh Pejabat Belia dan Sukan daerah Petaling ialan Larian Aman Palestin.. erm.. mula tu pening kepala gak sebab peruntukan tak masuk lagi.. erm.. janji demi janji menjadikan kami semakin buntu.. cemana nak jalan program kalau tak de duit ? hee~ tu la.. ada tu sampai gaduh-gaduh.. hee~ pening-pening.. tapi.. atas nasihat beberapa pihak, akhirnya pelbagai jalan penyelesaian kami jumpa.. thanx untuk semua yang telah sama-sama berusaha sehingga program yang julung kali ni berjalan dengan lancar.. alhamdulillah.. kepenatan kami berbaloi walaupun maki hamun yang kami terima sebelum program membuahkan kenangan yang indah.. ni la titipan indah sepanjang perjalanan program..














Sunday, January 11, 2009

PERMULAAN

assalamualaikum w.b.t

terima kaish kerana sudi melayari blog kami.. hee~ sebenanrnya, tak tau nak borak pe tapi ni la blog KRM Subang.. simple tapi padat.. walaupun kami ni bagai putik jagung, kira budak baru la tu.. hee~ tapi, insya`Allah, perjuangan kami tak akan pernah selesai.. membelia kan belia bukan kerja sehari dua, bukan gak kerja setahun dua.. tapi selagi ada kuderat, selagi itu perjuangan tetap akan diteruskan.. erm.. macam KRM yang lain gak, kami ingin menyahut seruan kerajaan disamping berbakti mempertahankan erti remaja & belia pada konteks yang betul.. pada yang ada kat luar sana, yang terbuka hati untuk menyertai KRM, kehadiran anda dialu-alukan.. perjuangan tak kan pernah selesai.. tidak mengira agama, bangsa dan budaya, kita berada bawah satu bumbung yang sama dan harap apa yang diserapkan selama kita menjalani pelbagai program, tidak dipersiakan.. diharap sokongan dari semua pihak untuk memberi peluang kami bersuara dan mengemukakan pendapat.. hee~ tak mo la taip panjang-panjang.. nanti orang cemuih plak nak mmebaca.. kay la.. salam dari atie^smiley..