BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 29, 2009

KEMBARA PEWARIS MUDA @ parlimen subang




erm.. Kembara Pewaris Muda merupakan satu program di mana KRM Subang telah mengambil bahagian, berasama-sama mendekatkan lagi diri dengan golongan senior dalam aktiviti belia.. hee~ da nampakkan di mana targetnya.. hee~

dalam program kali ni, KRM Subang telah menghantar seramai 30 orang sukarelawan bermotor.. best woo nek moto reramai.. hee~ dalam masa yang sama kami telah mem'promote' Kelab Rakan Muda Subang di sekitar Parlimen Subang..

kami mula berkumpul bersama dengan team FZ150i di stesen minyak Shel Kota Damansara, bersebelahan Mc`d dan KFC.. selepas mengisi minyak penuh setiap moto (nak kena inform tu.. tajaan penuh KRM Subang) kami bergerak ke Pejabat UMNO Bahagian Subang.. hee~ time kat sini, segala proses pendaftaran setiap ahli dan motsikal yang di bawa dilakukan.. erm.. penat gak tapi best gile.. hee~

selesai je semua tu, kami yang terdiri daripada 60 biji FZ150i, 24 motosikal pelbagai KRM Subang, 10 biji pelbagai motosikal Belia 4B Subang, 10 biji MYvi, 10 biji pelbagai kereta UMNO Subang dan 6 biji kereta antik dari SMOC dilepaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Subang, YB Dato' IR Mohd Bushro bin Mat Johor tepat jam 9.00 pagi..

kami merentasi Pasar Pagi Kampung Melayu Subang Tambahan, Uptown Kota Damansara, kemudian singgah untuk sama-sama memeriahkan sukan komuniti di Kayu Ara dan meneruskan semula perjalanan merentasi tol Sg Penchala dan menuju ke Paya Jaras.. di sana ami singgah di Rumah Kasih Harmoni di mana segala santapan makan tengahari terdapat di sana.. selepas kenyang jek, macam biasa la.. ahli KRM Subang dengan sikap sukarelawan tu, kami ditugaskan mengecat tandas baru di asrama tersebut..

selesai jek program dengan adik-adik di RKH, kami meneruskan perjalanan ke Padang Awam MPSJ.. di sana kami hanya memeriahkan jek.. boleh la.. ada perlawanan antara team bola tampar TV3 dengan team Paya Jaras.. selesai jek kami bersalaman dengan YB Dato' IR Mohd Busahro bin Mat Johor, kami berangkat pulang ke destinasi masing-masing.. huu~ walaupun penat tetapi kami tak lupa mesej yang cuba ingin disampaikan oleh pihak penganjur di mana kami juga turut menekankan mengenai 1 Malaysia..

jutaan terima kasih yang tidak terhingga has buat Puteri UMNO Subang kerana menjemput kami turut sama memeriahkan Kembara Pewaris Muda 2009..

0 comments: