Sunday, September 6, 2009
Posted by Kelab Rakan Muda Subang at 7:04 AM 0 comments
Saturday, August 29, 2009
KEMBARA PEWARIS MUDA @ parlimen subang
erm.. Kembara Pewaris Muda merupakan satu program di mana KRM Subang telah mengambil bahagian, berasama-sama mendekatkan lagi diri dengan golongan senior dalam aktiviti belia.. hee~ da nampakkan di mana targetnya.. hee~
dalam program kali ni, KRM Subang telah menghantar seramai 30 orang sukarelawan bermotor.. best woo nek moto reramai.. hee~ dalam masa yang sama kami telah mem'promote' Kelab Rakan Muda Subang di sekitar Parlimen Subang..
kami mula berkumpul bersama dengan team FZ150i di stesen minyak Shel Kota Damansara, bersebelahan Mc`d dan KFC.. selepas mengisi minyak penuh setiap moto (nak kena inform tu.. tajaan penuh KRM Subang) kami bergerak ke Pejabat UMNO Bahagian Subang.. hee~ time kat sini, segala proses pendaftaran setiap ahli dan motsikal yang di bawa dilakukan.. erm.. penat gak tapi best gile.. hee~
selesai je semua tu, kami yang terdiri daripada 60 biji FZ150i, 24 motosikal pelbagai KRM Subang, 10 biji pelbagai motosikal Belia 4B Subang, 10 biji MYvi, 10 biji pelbagai kereta UMNO Subang dan 6 biji kereta antik dari SMOC dilepaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Subang, YB Dato' IR Mohd Bushro bin Mat Johor tepat jam 9.00 pagi..
kami merentasi Pasar Pagi Kampung Melayu Subang Tambahan, Uptown Kota Damansara, kemudian singgah untuk sama-sama memeriahkan sukan komuniti di Kayu Ara dan meneruskan semula perjalanan merentasi tol Sg Penchala dan menuju ke Paya Jaras.. di sana ami singgah di Rumah Kasih Harmoni di mana segala santapan makan tengahari terdapat di sana.. selepas kenyang jek, macam biasa la.. ahli KRM Subang dengan sikap sukarelawan tu, kami ditugaskan mengecat tandas baru di asrama tersebut..
selesai jek program dengan adik-adik di RKH, kami meneruskan perjalanan ke Padang Awam MPSJ.. di sana kami hanya memeriahkan jek.. boleh la.. ada perlawanan antara team bola tampar TV3 dengan team Paya Jaras.. selesai jek kami bersalaman dengan YB Dato' IR Mohd Busahro bin Mat Johor, kami berangkat pulang ke destinasi masing-masing.. huu~ walaupun penat tetapi kami tak lupa mesej yang cuba ingin disampaikan oleh pihak penganjur di mana kami juga turut menekankan mengenai 1 Malaysia..
jutaan terima kasih yang tidak terhingga has buat Puteri UMNO Subang kerana menjemput kami turut sama memeriahkan Kembara Pewaris Muda 2009..
Posted by Kelab Rakan Muda Subang at 8:33 AM 0 comments
MESYUARAT EXCO
setelah sekian lama kami mengalami isu dalaman parti.. hee~ tak de la seserius ane pun.. kami bertindak untuk mengadakan Mesyuarat Tertinggi Exco Kelab Rakan Muda Subang.. mesyuarat yang telah berlansung pada 25 Julai 2009, Sabtu yang bertempat di Pusat Kegiatan
Kelab Rakan Muda Subang telah melahirkan pelbagai pendapat bagi menggerakan lagi KRM Subang dengan kekuatan 102 orang ahli yang mendaftar.. hee~ ramai tuh..
sepanjang berlansungnya mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Afdhaluddin, Timbalan Pengerusi belbagai jalan penyelesaian yang telah diperolehi bagi setiap permasalahan yang selama ini menjadi pekung.. takut nak luahkan kot.. hee~ tak pe.. kami sentiasa member peluang untuk ahli ami bersuara dan memberikan pendapat..
selama 4 jam itu juga kami telah merancang beberapa program yang akan cuba dilaksanakan bermula bulan Julai 2009 – Disember 2009..
tu cari point nak ngamuk la tuh.. bukan btul minah ni..
antara wakil paya jaras yang turun awal..
setiausaha yang abru lepas kena marah..
wakil dari Gerakan Belia 4B Subang.. abg man..

sidang dewan rakyat.. hee~
Kelab Rakan Muda Subang telah melahirkan pelbagai pendapat bagi menggerakan lagi KRM Subang dengan kekuatan 102 orang ahli yang mendaftar.. hee~ ramai tuh..sepanjang berlansungnya mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Afdhaluddin, Timbalan Pengerusi belbagai jalan penyelesaian yang telah diperolehi bagi setiap permasalahan yang selama ini menjadi pekung.. takut nak luahkan kot.. hee~ tak pe.. kami sentiasa member peluang untuk ahli ami bersuara dan memberikan pendapat..
selama 4 jam itu juga kami telah merancang beberapa program yang akan cuba dilaksanakan bermula bulan Julai 2009 – Disember 2009..
Posted by Kelab Rakan Muda Subang at 8:22 AM 0 comments
Monday, August 24, 2009
Thursday, July 23, 2009
BENGKEL PEMANTAPAN KRM ZON TENGAH
assalamualaikum..
butiran program..
TARIKH : 19hb - 21hb Julai 2009
HARI : ahad - selasa
TEMPAT : Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands
TAJUK : Bengkel Pemantapan Kelab Rakan Muda Zon Tengah
macam-macam perangai pemimpin ni.. ada tu kita boleh ikut, ada pulak sekadar untuk dijadikan teladan.. hee~ bukan nak kutuk sesama rakan tapi itu la.. jangankan kita menyalak pada perkara yang kita tak mampu nak tegaskan.. itu la pesanan seorang teman membuatkan saya berfikir perjuangan kami bukan mainan.. erm..
saya yang mewakili KRM Subang untuk sama-sama berdiri bersama 91 orang lagi pemimpin muda yang menjadi tulang belakang Kelab Rakan Muda Zon Tengah menyuarakan, memberi dan meluahkan ketidakpuashatian, kecelaruan, kesulitan dan ketidakfahaman kemi mengenai pengurusan kelab bagi memantapkan lagi saluran kami membangunkan kelab sekaligus menepis anasir-anasir yang tidak enak mengenai perlakuan remaja kini..
bengkel ini diadakan berujuan mendekatkan lagi para pemimpin muda berkenaan dengan pengurusan kelab dan rata-rata objektif pihak pengurusan berjaya melekat diminda kami.. bukan tak reti nak menguruskan.. tapi.. bila da macam-macam info masuk da tu tak sama dengan kita punya.. pas tu ada pulak sama erti kata yang lain "macam diperbodohkan".. hee~ pelik gak orang sekarang ni.. tapi.. menjejakkan kaki di bumi Cameron Highlans tu membuatkan kami semakin berkobar-kobar untuk menyampaikan pada ahli kelab apakah tanggungjawab kami sebenarnya..
terima kasih khusus buat Kementerian Belia dan Sukan di atas pendekatan yang cuba diterapkan untuk melahirkan pemimpin yang berani bersuara dan telus.. diharap bengkel seperti ini dapat diteruskan lagi bagi memantapkan barisan pemimpin muda di masa akan datang..
Posted by Kelab Rakan Muda Subang at 9:29 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)



