BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 9, 2010

:: azam baru ::

Align Center
assalamualaikum..
dah lama rasanya saya tak mencoret rasa dalam blog ni.. rindu rasanya.. tapi dek kekangan yang saya sendiri tak dapat nak elakkan saya akan utamakan yang wajib..

alhamdulillah.. hampir tamat tahun 2009 dengan sempurnanya.. pelbagai halangan dan rintangan yang berjaya diselesaikan dengan tunjuk ajar dari yang berpengalaman.. selama setahun ini juga, pahit jerih telah sama-sama Ahlijawatankuasa lalui bersama saya.. walaupun ada beberapa ketidaksefahaman, namun, ikatan adik-beradik yang dari awal saya tekankan akhirnya menguatkan lagi tali persaudaraan..

sebanyak 11 (sebelas) aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun berdasarkan Gaya Hidup yang telah ditentukan KBS.. berdasarkan komitmen ahli, alhamdulillah.. saya mampu berbangga dengan pembabitan ahli-ahli yang mendaftar..

pada tahun 2009 juga merupakan tahun 'kelahiran' Kelab Rakan Muda Subang dimana, kami mula dikenali apabila program yang pertama yang bertempat di Kota Damansara berjalan dengan lancar.. mula dari saat itu, KRMS lebih dikenali apabila mula terlibat menjalankan kerjasama bersama badan-badan politik dan NGO yang bertapak di Subang..

tamatnya tahun 2009, akan muncul pula tahun 2010.. agak membimbangkan pada awalnya kerana saya telah mendapat dan harus mendahulukan komitmen lain.. bimbang tiada masa lagi untuk berRakan Muda bersama ahli lain.. tetapi.. ia tidak mematahkan semangat saya.. pelbagai khabar angin yang enak dan tidak enak sampai di telinga..

menjelangnya tahun 2010 segalanya akan baru.. corak kepimpinan dan barisan pemimpin baru akan lahir disebalik nama Kelab Rakan Muda Subang.. insya`Allah.. perancangan telah saya aturkan dan berharap segalanya akan berjalan lancar seperti yang saya ingini..

saya dan ahli Kelab Rakan Muda Subang menyusun 10 (sepuluh) jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur perbuatan, kekasaran berbahasa sepanjang pembabitan kami berprogram.. semoga tamatnya tahun 2009 menghapuskan segala dendam dan bermulalah satu azam baru yang menguatkan lagi ukhwah antara ahli Kelab Rakan Muda Malaysia..

salam ikhlas..
salam Rakan Muda..
salam Satu Malaysia..

Atie Adnan
Pengerusi Kelab Rakan Muda Subang

0 comments: